BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

saya sayang mereka!!!

About Me

My photo
sweet 14... SMKA SHAMS student... 2 Ihsanian... love purple, purple n more purple... blog ni x lawa??? boring??? bak kate aflah, ada saya kesah????

lagu best!!


Sunday, 20 March 2011

cerita lawak sekolah.......

heyguyss......
bagi korg yg sedeyh bab esok sekolah....
happy2la skit....
jgn nanti ada berite kematian seorng budak akibat ketensionannye.....
so, ini adela jokes untk korg.....

cerita satu
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH TU!!!
cerita dua
Seorang guru Kelas 3C telah melawat sorang anak muridnya Atan yang telah lama tidak datang sekolah. Didapati anak muridnya itu sedang menjaga kambing.

Cikgu : Udah lama awak tk sekolah.. PMR dah dekat
Atan: Saya tak pandai cikgu...
Cikgu : Banyak kambing awak jaga...berepa ekor yea..?
Atan : Yang mana cikgu..yang hitam ke yang putih?
Cikgu : Yang hitam..
Atan : 13 cikgu.
Cikgu : Yang putih lak?
Atan : Sama jugak cikgu...
Cikgu : Agak-agak berapa kilo dema makan sehari?
Atan : Yang Hitam ke Cikgu?
Cikgu : Aha..
Atan : Rasanyer 5 kilo cikgu.
Cikgu: Yang putih lak?
Atan : Sama jugak cikgu...
Cikgu : Naper setiap kali saya tanyer awak bezakan yang hitam atau
putih...tetapi jawapan awak sama jer..
Atan: Sebab kambing hitam tu bapa saya yang punya...!
Cikgu : Yang putih lak sapa punya?
Atan : Sama jugak cikgu...!!!
cerita tiga 
Seorang pelajar perempuan tahun 3 bestari memberi hadiah kepada gurunya yang akan bertukar.Sebelum menerima, cikgu cuba meneka hadiah yang berada di dalam kotak beriben merah itu.

Cikgu: Besarnya hadiah..ini tentu seterika..
pelajar : Bukan cikgu.
Cikgu: Kamus dewan jilid 4 nih..( sambil mengoyang-goyang kotak.)
Pelajar: Bukan buku cikgu...
Cikgu : Ahaa...printer...eh tengok tu ada ink keluar kat bucu kotak..( sambil menggunakan jari dan merasa air itu.) Errr..masam ler pulak..In tentu jeruk..Betul kan?
Pelajar: Ini anak kucing ler cikgu!! Dia kerap kencing cikgu!!!
cerita empat 
Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.
cerita lima 
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.
cerita enam 
Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape?
cerita tujuh 
Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!
cerita lapan 
Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..
untuk korg...cheer up tau!!!
jgn jadi cam aku nih.... sedeyh je...........

suka post nih?? klik like button okay???

0 komentarnya......: